Analisis perbandingan metode hermeneutik dan TafsÄ«r Bi al-Ra’yÄ« dalam penafsiran al-Qur’an
Salman Zainal Abidin1, Mazlan Ibrahim2.
Hermeneutik sebagai sebuah metode memahami al-Qur’an mula diperkenalkan oleh
Hasan Hanafi. Usaha beliau ini kemudiannya diikuti oleh sarjana-sarjana lain
antaranya Fazlur Rahman, Nasr Hamid Abu Zaid dan Muhammad Arkoun. Metode
Hermeneutik jika dibandingkan dengan tradisi keilmuan Islam dalam memahami alQur’an adalah mirip dengan TafsÄ«r bi al-Ra’yÄ« yang meletakkan akal sebagai medium
berijtihad memahami ayat-ayat al-Qur’an. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
aspek perbezaan yang ketara antara Hermeneutik dan TafsÄ«r bi al-Ra’yÄ« yang
mendorong penolakan sebahagian sarjana Muslim terhadap aplikasi Hermneutik
dalam memahami al-Qur’an. Justeru, artikel ini merungkaikan epistemologi
Hermeneutik yang merangkumi definisi, sejarah kemunculan, sejarah perkembangan,
tokoh-tokoh yang terlibat dan seterusnya perbandingannya dengan TafsÄ«r bi al-Ra’yÄ«.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 188 time(s))