Kefahaman beragama dan proses transformasi hubungan pasangan dalam perkahwinan
Dini Farhana Baharudin1, Suhailiza Md. Hamdani2, Marina Munira Abdul Mutalib3, Mohd. Zaliridzal Zakaria4.
Kajian lepas menunjukkan perkaitan yang kuat antara aspek-aspek keagamaan
dengan kesejahteraan dalam hubungan pasangan berkahwin. Walau bagaimanapun,
masih kurang kajian yang meneroka tentang perkara ini dalam konteks Malaysia,
khususnya dalam kalangan orang Islam. Kertas ini akan meneroka tentang kefahaman
agama dengan proses transformasi dalam perkahwinan. Kefahaman agama dalam
kajian ini mencakupi kepercayaan dan amalan keagamaan. Manakala, proses
transformasi dalam perkahwinan pula merujuk kepada proses-proses yang berlaku
dalam hubungan perkahwinan yang tidak memerlukan intervensi secara professional
daripada luar, khususnya apabila berlakunya isu atau konflik dalam perkahwinan.
Metodologi kajian adalah menggunakan pendekatan kualitatif. Sampel bermatlamat
melibatkan lima pasangan Melayu beragama Islam yang usia perkahwinan mereka
melebihi sepuluh tahun. Temubual berstruktur telah dijalankan dan dapatan
menunjukkan kefahaman beragama iaitu kepercayaan dan amalan Islam adalah
berkait dengan pengekalan hubungan sesuatu pasangan dalam perkahwinan. Dapatan
ini menunjukkan kepentingan untuk menggunakan intervensi kaunseling perkahwinan
yang mengintegrasikan ilmu naqli dan ‘aqli yang dapat membantu menyokong
keperluan klien.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 193 time(s))