View Article |
Perbincangan berkaitan agama dan ketuhanan dalam Facebook “Warung Atheist” dari perspektif logik dan emosi
Muhamad Faisal Ashaari1, Siti Hanisah Sabri2.
Ateisme merupakan kepercayaan yang menolak kewujudan Tuhan dan menganggap sama tidak relevan. Dengan kemajuan teknologi maklumat pada hari ini, pendukung pemikiran ini lebih agresif mempertahankan pendirian mereka biarpun bertentangan dengan semua agama. Mereka cuba menonjolkan pemikiran mereka kepada khalayak ramai dan secara lebih agresif lagi golongan ini menyerang agama Islam di media sosial terutamanya Facebook. Kajian ini menganalisis perbincangan mereka tentang agama dari dua sudut; Pertama, aspek logik yang dibahagikan kepada fakta dan logical fallacy; Kedua, aspek emosi yang dibahagikan kepada menghina, menyindir, mempersenda dan mempersoalkan. Justeru, kajian ini menumpukan kepada salah satu “Kumpulan” Facebook yang menumpukan kepada perbincangan berkaitan dengan ateisme iaitu Facebook Warung Atheist. Data diambil secara bertujuan selama empat bulan iaitu dari Ogos hingga November 2017 dan analisis dilakukan secara analisis kandungan. Hasil kajian mendapati mereka banyak menggunakan pendekatan emosi dalam menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap konsep keTuhanan serta isu keagamaan terutamanya agama Islam. Dalam masa yang sama, ada segelintir pengguna laman tersebut memberikan pandangan yang dikukuhkan dengan fakta dan sebilangan yang lain menggunakan logical fallacy apabila membuat kesimpulan sendiri dalam sesuatu perkara yang jauh dari realiti.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 204 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|