View Article |
Hisbah dan kepentingannya dalam runding cara perkahwinan
Nurul Hanis Sufia Othman1, Noornajihan Jaafar2, Ahmad Kamel Mohamed3.
Hisbah merupakan sebuah konsep yang menekankan tentang amar ma’ruf nahi munkar dan menjadikan ia penting dalam kehidupan muslim yang mengharapkan syurga sebagai ganjaran mentaati Allah SWT. Pada masa kini, peningkatan kes perceraian dan cara untuk mengurangkannya melalui runding cara perkahwinan merupakan isu yang hangat diperkatakan dan merupakan pernyataan masalah kepada kajian ini. Justeru, objektif kajian ini dilakukan ialah untuk menggali isu-isu berkaitan perceraian, meneliti definisi dan konsep hisbah, dan membincangkan kepentingan melaksanakan hisbah dalam runding cara perkahwinan. Metod kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan analisis kandungan. Kajian ini mendapati bahawa konsep hisbah yang dibawa oleh Imam al-Ghazali sangat praktikal untuk diaplikasikan dalam runding cara perkahwinan. Melalui kajian ini diharapkan konsep hisbah menjadi keutamaan dalam sesi runding cara perkahwinan kerana konsep ini sangat baik bagi menghasilkan muslim yang sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan yang dilakukan. Kajian ini juga dapat memberikan impak dalam meningkatkan lagi kualiti runding cara dalam kalangan pegawai yang dilantik agar statistik perceraian dapat dikurangkan.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 187 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|