View Article |
Irgin coconut oil polyphenol effects on antioxidant enzyme activities and lipid peroxidation on osteoblast cell
Zil Hayatullina1, Norazlina Mohamed2, Ima-nirwana Soelaiman3, Norliza Muhammad4.
Osteoporosis dikaitkan dengan radikal bebas dan tekanan oksidatif. Kandungan polifenol yang tinggi dalam minyak
kelapa dara (VCO) yang bertindak sebagai antioksidan mampu menghalang tekanan oksidatif seterusnya mencegah
osteoporosis. Uji kaji in vitro ini dijalankan untuk mengkaji mekanisme kesan perlindungan polifenol ekstrak daripada
VCO (PF) ke atas sel selanjar pre-osteoblas mencit (MC3T3-E1) teraruh tekanan oksidatif. Untuk mengkaji viabiliti
kesan perlindungan polifenol terhadap MC3T3-E1 daripada toksisiti hidrogen peroksida (H2
O2
), sel MC3T3-E1 dirawat
dengan beberapa dos polifenol selama 24 jam selepas dieram dengan 250 µM (IC50) H2
O2
selama 1 jam. Mekanisme
perlindungan dikaji dengan mengukur aras malondialdehid (MDA) serta aktiviti enzim antioksidan iaitu superoksida
dismutase (SOD), glutation peroksidase (GPx) dan katalase (CAT). Keputusan kajian menunjukkan bahawa kepekatan
perencatan median (IC50) H2
O2
pada 1 jam adalah 250 µM. Ujian viabiliti sel mendapati kesemua dos polifenol dapat
melindungi sel MC3T3-E1 daripada toksisiti H2
O2
. Dos 1 dan 0.01 µM polifenol dapat meningkatkan aras GPx dan CAT,
manakala dos 0.01 dan 0.0001 µM dapat meningkatkan aras SOD. Sementara itu, hanya dos 0.01 dan 0.001 µM sahaja
yang dapat menghalang peningkatan aras MDA. Kesimpulan yang dapat dibuat di dalam kajian ini adalah polifenol
daripada minyak kelapa dara mencegah lipid peroksida pada sel MC3T3-E1 yang telah diaruh dengan H2
O2
dengan
meningkatkan aktiviti enzim antioksidan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|