View Article |
Perbezaan konsep diri akademik dalam kalangan pelajar aliran kebolehan tinggi, sederhana dan rendah
Ng, Melissa Lee Yen1, Chiam, Heng Keng2.
Kajian ini meneliti perbezaan konsep diri akademik dalam kalangan pelajar dalam aliran kebolehan tinggi, sederhana dan rendah. Ia turut mengkaji dua dimensi utama dalam konsep diri akademik iaitu konsep diri matematik dan konsep diri Bahasa Malaysia. Subjek kajian terdiri daripada 148 pelajar lelaki dan 102 pelajar perempuan Tingkalan II dari dua buah sekolah menengah yang terletak di pusat bandar negeri Melaka. Sembilan puluh tiga orang subjek adalah pelajar dalam aliran kebolehan tinggi, 84 orang subjek adalah pelajar dalam alirau kebolehan sederhana dan 73 orang subjek merupakan pelajar dalam aliran kebolehan rendah. Konsep diri akademik telah diukur dengan Self-Description Questionnaire II (Marsh, 1990). Dapatan ANOVA menunjukkan bahawa pelajar dalam tiga aliran kebolehan ini mempunyai konsep diri akademik yang berbeza seeara signifikan iaitu semakin tinggi aliran kebolehan, semakin positif konsep akademik mereka. Hasil analisis ini memberi petunjuk bahawa penempatan pelajar dalam aliran kebolehan tertentu mungkin memberi kesan yang berbeza ke atas konsep diri akademik mereka. Namun, analisis lanjutan menunjukkan bahawa perbezaan dari segi konsep diri matematik dan Bahasa Malaysia mempunyai kaitan yang lebih rapat dengan pencapaian akademik pelajar dan bukannya aliran kebolehan yang diduduki.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Human Rights Commission of Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 459 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (2) |
Rank |
Q1 (Cultural Studies) Q2 (Education) Q3¬¬¬ (Psychology (all)) |
Additional Information |
SJR (0.385) |
|
|
|