Resepsi pelajar terhadap teks KOMSAS Jendela Menghadap Jalan
Nurhamizah Hashim1, Nur Yuhanis Mohd Nasir2, Hashim Ismail3, Eizah Mat Hussain4, Nurul Syahidah Tahir5.
Kertas kerja ini membincangkan sebuah novel remaja berjudul Jendela Menghadap Jalan (Edisi Murid 2014) sebagai bahan kajian bagi menilai kesesuaian sesebuah teks yang dipilih untuk dijadikan teks KOMSAS (Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia). Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin adalah terbitan Kumpulan Utusan Sdn. Bhd. yang pernah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tahun 2008. Novel ini kemudiannya telah terpilih menjadi teks KOMSAS bagi tingkatan 4 Zon 1 (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Kajian dijalankan berdasarkan premis bahawa terdapat teks KOMSAS yang mencetuskan kontroversi kerana kandungannya didapati tidak sesuai sebagai bahan bacaan pelajar sekolah. Sebilangan teks KOMSAS yang dipilih dianggap tidak memaparkan unsur moral yang baik. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian novel Jendela Menghadap Jalan diangkat sebagai teks KOMSAS. Kajian ini melibatkan seramai 151 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan guru sekolah menengah. Data dikumpulkan daripada soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa karya Ruhaini Mat Darin ini diterima dengan baik dalam kalangan pelajar dan guru-guru di empat buah sekolah yang dikaji. Malah isi kandungannya juga memenuhi ciri-ciri sebuah novel yang layak diangkat sebagai teks KOMSAS.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 195 time(s))