Percanggahan pendapat aspek tatabahasa: perbandingan antara bahan rujukan Bahasa Melayu
Ho, Wong Shia1, King, Yeo Swee2.
Kertas kajian ini memperlihatkan percanggahan pendapat yang berlaku dalam bahan rujukan Bahasa Melayu. Percanggahan pendapat tentang sesuatu aspek tatabahasa ditonjolkan melalui perbandingan maklumat dalam bahan rujukan itu sendiri atau dengan bahan rujukan lain. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan bagi mendedahkan fenomena yang diterokai. Analisis kandungan dilakukan terhadap bahan rujukan yang dipilih berdasarkan kedekatan dan kredibilitinya sebagai bahan rujukan kepada pengguna bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa percanggahan pendapat tentang tatabahasa bukan sahaja berlaku antara bahan rujukan yang berlainan malah percanggahan juga berlaku dalam bahan rujukan itu sendiri. Selain itu, kertas ini juga memperlihatkan kesan percanggahan tersebut kepada pengguna bahasa melalui kaedah tinjauan terhadap 23 orang guru di sekolah tentang penggunaan kata bantu dalam ayat. Bagi menghadapi percanggahan pendapat ini, pelbagai pandangan dikemukakan agar keseragaman dan ketepatan maklumat dapat diberikan kepada pengguna bahasa bagi mengelakkan kekeliruan bahasa berlaku dalam kalangan mereka.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Malaysia
- Sekolah Kebangsaan Kenyalang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 227 time(s))