Aplikasi kemahiran kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran karangan Bahasa Melayu di SJK (Cina) Daerah Sabak Bernam
Nachiappan, Suppiah1, Yin, Gan Sue2, Sehgar, Sangkari Chandra3.
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis cara guru mengaplikasikan kemahiran kognisi dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu di SJK (Cina) di daerah Sabak Bernam serta cara murid mempelajarinya. Sampel kajian melibatkan 20 orang murid Tahun 6. Sebanyak 20 teks karangan asal murid telah dikaji dan dianalisis untuk mendapatkan data serta ditranskripsikan menjadi teks kajian. Teks kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah Hermeneutik untuk menginterpretasi dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru dapat mengaplikasikan kemahiran kognisi dalam proses pengajaran karangan Bahasa Melayu manakala murid juga telah dapat menguasai kemahiran kognisi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Implikasi kajian kepada guru ialah guru dapat menggunakan pelbagai kaedah untuk mengaplikasikan kemahiran kognisi dalam proses pengajaran karangan.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 181 time(s))