View Article |
Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang
Juwairiah Osman1, Jamilah Bebe Mohamad2, Anis Nabilla Ahmad3, Jamal Rizal Razali4.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa telah dijalankan di semua universiti awam dan swasta. Kursus ini secara umumnya bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa manakala secara khususnya bagi membantu mereka berkomunikasi sepanjang berada di Malaysia. Kajian ini akan menyoroti strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar dan para pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Bagi membincangkan keberkesanan strategi tersebut, pengkaji menggunakan teori pembelajaran yang diperkenalkan oleh Kolb (1984). Menurut teori ini, proses pembelajaran berdasarkan pengalaman (experiential learning) akan membantu dan mempercepatkan peningkatan kemahiran kognitif individu yang melibatkan pemerolehan konsep-konsep abstrak melalui penglibatan dalam pelbagai situasi. Kolb (1984) menggunakan istilah concrete experience, reflective observation, abstract conceptualization dan active experiment. Data dalam kajian, ini ialah jawapan pelajar dalam latihan Buku Modul Pembelajaran Bahasa Melayu dan pemerhatian dalam pelbagai aktiviti yang digunakan sepanjang mengendalikan kursus ini. Selain itu, satu borang soal selidik juga akan diberikan kepada para pelajar untuk menilai keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan oleh Teori Kolb (1984). Hasil analisis menunjukkan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan topik yang berkaitan rapat dengan pengalaman kehidupan pelajar adalah lebih berkesan bagi membantu mereka menguasai dan bertutur dalam bahasa Melayu.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Pahang, Malaysia
- Universiti Malaysia Pahang, Malaysia
- Universiti Malaysia Pahang, Malaysia
- Universiti Malaysia Pahang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 251 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|