Visi Arif Budiman dalam arus kedwibahasaan di Singapura
Haslindah Mispan1.
Dasar dwibahasa menjadi tunjang dalam sistem pendidikan di Singapura. Keupayaan menggunakan bahasa Inggeris (EL) membolehkan Singapura membina perhubungan dengan dunia. Menguasai bahasa ibunda pula menghubungkan warga dengan warisan dan jati diri budaya mereka. Untuk menjayakan dasar ini, kajian deskriptif telah dilakukan bagi memperhalus pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu (BM), bermula di sekolah rendah terutama dalam konteks penggunaan BM di rumah yang berubah. Melalui tinjauan, 37 peratus murid darjah 1 yang mengambil BM pada tahun 2010 datang daripada keluarga yang berbahasa Inggeris berbanding dengan 13 peratus pada tahun 1991. Hal ini mempengaruhi sikap terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Lantas matlamat kertas kerja ini membincangkan perubahan dan implikasi terhadap kandungan, pedagogi dan penilaian dalam PdP di sekolah rendah dalam usaha merealisasikan visi PdP BM, Arif Budiman, insan berilmu yang berbakti kepada masyarakat.
Affiliation:
- Kementerian Pendidikan Singapura, Singapore
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 196 time(s))