Pertembungan bahasa di Selatan Thailand: faktor dan implikasi
Rohaidah Haron1, Ab. Razak Ab. Karim2, Indirawati Zahid3.
Pertembungan bahasa menyebabkan salah satu bahasa yang dominan akan terus hidup dan sebaliknya bagi bahasa yang tidak dominan. Sering kali situasi ini berlaku apabila sesuatu kawasan itu didiami oleh lebih daripada satu kelompok penutur bahasa. Kajian kes yang dilakukan pada kawasan selatan Thailand, iaitu wilayah Yala mendapati penutur bahasa wilayah ini menuturkan tiga bahasa yang berbeza, iaitu bahasa Melayu (BM), bahasa Thai (BT) dan dialek Melayu Pattani (DP). Kajian yang dilakukan ini mempunyai dua objektif, iaitu membincangkan faktor-faktor kepada pertembungan bahasa dan mengenal pasti implikasi pertembungan bahasa yang berlaku. Kajian dilakukan dengan mengaplikasi kaedah kualitatif dengan beberapa metod, antaranya kajian lapangan, rakaman, temu bual dan transkripsi. Dapatan kajian memperlihatkan pertembungan bahasa berlaku berpunca daripada aspek pendidikan, persekitaran, dasar kerajaan, perkahwinan dan pekerjaan. Lanjutan itu, implikasi kepada pertembungan bahasa ialah alih kod, campur kod dan dialek.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 203 time(s))