View Article |
Konsep keadilan dalam historiografi Melayu Islam kurun ke-13 sehingga ke-19
Denisova, Tatiana1.
Kajian teks-teks sejarah Melayu Islam kurun ke 13
sehingga ke 19 menunjukkan bahawa di dalamnya
terdapat banyak istilah dan makiumat yang berkaitan
dengan falsafah. Dalam teks-teks sejarah Melayu
Islam terdapat banyak rumusan yang mencerminkan
konsep keadilan, konsep kerajaan dan konsep
hukuman pembalasan Ketiga-tiga konsep tersebut
mempunyai hubungan yang sangat erat. Biasanya
dalam makiumat tentang kernjaan yang adil selalu
terdapat keterangan mengenai ciri-ciri keadilan dan
mengenai cara-cara memerintah negara secara adil.
Analisis maklumat-maklumat tentang raja adil yang
dirakamkan dalam karya-karya sejarah Melayu Islam
kurun ke 13 sehingga ke 19 membantu kit a
memahami definisi-definisi keadilan yang wujud
dalam masyarakat Melayu pada masa itu. Analisis
maklumat-maklumat tersebut menunjukkan bahawa
dalam historiografi Melayu Islam telah wujud konsep
keadilan yang lengkap dan yang umum. Makalah ini
mengemukakan dan menganalisis petikan teks-teks di atas khususnya yang berkaitan dengan isu
keadilan. Analisis kosa kata bahasa Melayu klasik dan
juga penelitian bahan-bahan dan maklumat-maklumat
yang berkaitan dengan konsep keadilan itu membuktikan
secara jelas bahawa dalam masyarakat
Melayu wujud sistem kerajaan dan sistem akhlak dan
ta'dib yang lengkap yang sesuai dengan rukun-rukun
Islam Sunnah.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 156 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|