View Article |
Penerapan pemikiran kritis menerusi silibus Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): kajian di SMKA Negeri Melaka
Mohd Fauzi Hamat1, Wan Suhaimi Wan Abdullah2, Azizi Che Seman3, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim4, Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman5, Faizuri Abd Latif6, Faridah Che Husin7.
Pemikiran kritis merupakan elemen penting yang
perlu diterapkan dalam kurikulum pengajian di
semua peringkat. Ini penting bagi mempastikan
pelajar memiliki pemikiran tahap tinggi yang
diperlukan bagi menghadapi alaf baru. Kurikulum
pengajian yang hanya sekadar menekankan proses
pengajaran dan pembelajaran berbentuk fakta atau isi
semasa semata-mata kurang relevan dalam konteks
hari ini. Sebaliknya, relevansi dan fokus pengisian
proses pengajaran dan pembelajaran perlu melampaui
penguasaan kemahiran asas dan pengetahuan dengan
mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Penerapan pemikiran kritis perlu dilakukan di peringkat awal, iaitu alam persekolahan khususnya di
peringkat Sekolah Menengah. Tambahan pula usaha
untuk melahirkan pelajar yang serba boleh dan
mampu berfikir secara kritis dan kreatif merupakan
sebahagian daripada matlamat utama yang ingin
dicapai oleh pihak kerajaan menerusi Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pemikiran
kritis yang ingin direalisasikan merupakan kunci
kepada arus perubahan dan kemajuan individu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Makalah ni
akan membincangkan penerapan pemikiran kritis
dalam subjek Pendidikan Islam (Pendidikan Syariah
Islamiah dan Pendidikan al-Qur'an dan al-Sunnah) di
SMKA di Melaka. Sampel data yang akan dianalisis
ialah berdasarkan borang soal selidik yang diambil
daripada responden di dua buah sekolah iaitu SMKA:
Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka dan SMKA
Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka. la
merupakan laporan sebahagian dari penyelidikan
yang bertajuk "Kaedah Penerapan Pemikiran Kritis
Menerusi Silibus Pendidikan Islam, Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): Kajian Terhadap
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) Di Semenanjung Malaysia". Kajian mendapati
secara umumnya, tahap penerapan kemahiran menganalisis
di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima
di kedua-dua buah sekolah yang dikaji adalah agak
tinggi (min = 4.13 untuk kemahiran menganalisis, 4.13
untuk kemahiran sintesis dan 4.16 untuk kemahiran
menilai). Walau bagaimanapun perbezaan yang
signifikan dalam skor ini hanya disumbangkan oleh
faktor jantina dan tingkatan pelajar sahaja selain
sebahagian daripada aliran, tempat tinggal keluarga
pelajar dan pekerjaan bapa pelajar. Faktor-faktor lain
tidak menyumbangkan kepada sebarang perbezaan
yang signifikan dalam skor ini. Analisis korelasi pula
menunjukkan hubungan yang signifikan yang agak
tinggi di antara ketiga-tiga konstruk yang dikaji.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
Download this article (This article has been downloaded 183 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|