Sehingga kini, psikoterapi moden yang dihasilkan
oleh ahli psikologi Barat telah diterima sebagai suatu
cara yang berkesan untuk merawat penyakit mental.
Walau bagaimanapun, dengan memahami secara
mendalam makna dan pengalaman sebenar
kerohanian Islam, dapat dicadangkan bahawa Islam
sebagai suatu cara hidup juga telah menyediakan
suatu pendekatan tersendiri untuk merawat penyalit
mental. Metode tersebut boleh dibangunkan melalui
pemahaman dan pelaksanaan Rukun Iman, Rukun
Islam dan ajaran Tasawuf.
Affiliation:
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia