Artikel ini mengemukakan analisis tentang doktrin tasawwuf
yang dikemukakan oleh tokoh sufi terkenal al-Ghazdli dalam
risalahnya Jdmi' al-Haqa'iq bi Tajrid al-'Ala'iq. Risalah kecil
ini membentangkan satu formula ringkas tetapi padat bagi
para salik untuk memulakan perjalanan kepada Allah SWT
sehingga mencapai tujuan daripada pengembaraan kerohanian
tersebut. Sebagai seorang tokoh berpengalaman dalam
perjalanan kesufian ini, al-Ghazdli mengemukakan pedoman
berguna untuk dijadikan ikutan bagi mereka yang berminat
melibatkan diri dalam tasawwuf ini.