View Article |
Persepsi guru program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris terhadap pelaksanaan pencerapan pengajaran
Tang, Keow Ngang1.
Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa lnggeris (PPSMI) terhadap pencerapan pengajaran di bilik darjah dan hubungkaitnya dengan budaya kerja dan sikap terhadap kerja. Sejumlah 121 orang guru PPSMI dari 16 buah sekolah di daerah Kulim Bandar Baharu telah dijadikan responden. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru PPSMI terhadap pelaksanaan pencerapan pengajaran di bilik darjah adalah positif dan sederhana. Di samping itu dimensi proses pmcerapan dan dimens maklum balas pencerapan adalah pada tahap yang sederhana dan positif. Skor min menunjukkan budaya kerja dan sikap terhadap kerja di kalangan guru-guru berkenaan adalah positif. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan dan positif antara persepsi guru PPSMI terhadap dimensi proses dan maklum balas pencerapan pengajaran dengan buddaya kerja. Manakala persepsi guru PPSMI terhadap dimensi proses pencerapan pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap ketja. Hanya dimensi proses pencerapan sahaja berjaya menjadi peramal yang signifikan terhadap budaya kerja.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 716 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (2) |
Rank |
Q1 (Cultural Studies) Q2 (Education) Q3¬¬¬ (Psychology (all)) |
Additional Information |
SJR (0.385) |
|
|
|