View Article |
Evaluasi keselamatan lactobacillus casei C1 pada tikus wistar
Satirah Zainalabidin1, Tan, Siew May2, Yap, Wei Boon3.
Pada masa kini, probiotik diambil sebagai makanan tambahan secara meluas untuk kebaikan kesihatan. Namun begitu,
masih kurang kajian keselamatan terhadap kebanyakan bakteria probiotik. Tambahan pula, khasiat probiotik amat
bergantung pada strain yang digunakan dalam penghasilan produk probiotik. Oleh itu, kajian ini amat penting bagi
mengkaji keselamatan pengambilan Lactobacillus casei (Lb. casei) C1 yang baru dipencilkan secara oral. Sebanyak 32
ekor tikus Wistar (WIS) digunakan dalam kajian ketoksikan oral akut (dos tunggal) dan subakut (dos berulangan selama
28 hari). Tikus dibahagikan kepada kumpulan kawalan yang diberi salin penimbal (PBS) dan kumpulan kajian yang
diberi Lb. casei C1 (1011 CFU/ml) secara oral. Dalam ketoksikan oral akut, rawatan diberi sekali setiap 24 jam dan
dipantau selama 14 hari. Untuk ketoksikan oral subakut, rawatan diberi setiap hari selama 28 hari dan kesan dipantau
sepanjang tempoh masa kajian. Berat badan, makanan dan air direkodkan. Kumpulan akut dan subakut dikorbankan
pada hari ke-15 dan ke-29. Serum dikumpul untuk menentukan aras protein jumlah, malondialdehid (MDA), alanina
aminotransferase (ALT), aspartat aminotransferase (AST), laktat dihidrogenase (LDH) dan kreatinin. Organ pula diambil
untuk pemerhatian histologi. Tiada perbezaan yang signifikan (p > 0.05) diperhatikan dalam berat badan, pengambilan
makanan dan minuman antara tikus kawalan dan kajian dalam kumpulan ketoksikan oral akut. Bilangan sel darah,
aras jumlah protein, MDA, LDH dan kreatinin juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara tikus kawalan
dengan kajian. Hasil yang sama juga direkod untuk kumpulan ketoksikan oral subakut kecuali aras ALT dan AST yang
menunjukkan perbezaan signifikan (p < 0.05). Tiada perubahan morfologi yang ketara diperhatikan pada organ hepar,
ginjal dan ileum tikus kajian berbanding dengan tikus kawalan dalam kedua-dua kumpulan kajian. Kesimpulannya, Lb.
casei C1 tidak mempunyai kesan toksik pada tikus Wistar maka ia adalah selamat untuk diambil secara oral.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|