View Article |
Perbezaan pencapaian ujian timed up and go dan kelajuan berjalan antara warga emas dengan risiko jatuh tinggi dan rendah
Devinder Kaur, Ajit Singh1, Nor Najwatul Akmal Ab Rahman2, Azianah Ibrahim3, Nor Azlin Mohd Nordin4, Yaksotha, Palaniappan5, Lam, Shu Zhen6.
Jatuh merupakan salah satu masalah utama dalam kalangan warga emas yang secara tidak langsung menyumbang kepada
kemerosotan kualiti hidup, morbiditi dan kematian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan pencapaian
ujian Timed Up and Go (TUG) dan kelajuan berjalan dalam kalangan warga emas di komuniti dengan risiko jatuh yang
tinggi dan rendah, menggunakan Physiological Profile Assessment (PPA). Kajian keratan rentas ini melibatkan 278
orang warga emas berumur di antara 60-88 tahun dari kelab warga emas di sekitar Lembah Klang. 40.6% warga emas
mempunyai risiko jatuh tinggi dan kebanyakkan adalah perempuan (75%). Terdapat perbezaan signifikan (p < 0.001)
dalam pencapaian ujian TUG dan kelajuan berjalan antara golongan warga emas yang berisiko jatuh yang tinggi dan
rendah. Penurunan mobiliti (masa ujian TUG yang lebih lama) dan peningkatan umur telah dikenal pasti sebagai faktor
risiko yang signifikan (p < 0.05) bagi jatuh dalam kajian ini. Nilai rujukan yang diperoleh untuk ujian TUG daripada
kajian ini dapat dimanfaatkan untuk mengenal pasti warga emas di komuniti dengan risiko jatuh, pada fasa yang lebih
awal serta membolehkan pengelakkan dan pengurusan jatuh.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|