View Article |
Sistem kenaikan pangkat dan kepuasan kerja : satu kajian kes ke atas perkhidmatan awam persekutuan di Malaysia
Mohammad Chin1, Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa2, Ramraini Ali Hassan3.
Kajian ini merupakan kajian kes meneroka hubungan di antara sistem kenaikan pangkat dengan kepuasan kerja di kalangan penjawat awam persekutuan di
jabatan dan agensi persekutuan di Malaysia. Sampel kajian yang terlibat di dalam kajian ini berkhidmat di jabatan dan agensi persekutuan di negeri Sabah.
Kaedah kuantitatif telah digunakan sepenuhnya di dalam kajian kes ini. Sebanyak 700 borang soalan kaji selidik telah diedarkan di kalangan penjawat awam
persekutuan terdiri dari gred 41 hingga gred 54. Sebanyak 420 borang soal selidik telah dikembalikan namun 380 borang kaji selidik yang telah dijawap dengan sempurna dan digunakan untuk analisis dalam kajian. Edaran borang soalan kaji selidik kepada kesemua responden menggunakan kaedah persampelan purposive. Hasil kajian ini mendapati terdapat hubun gan positif yang signifikan di antara sistem kenaikan pangkat dengan kepuasan kerja. Kajian ini akan menyumbang pengetahuan melalui bukti empirikal yang diperolehi daripada kajian ini dan seterusnya pemahaman yang lebih baik mengenai hubungan di antara sistem kenaikan pangkat dan tahap kepuasan kerja di kalangan pejawat awam persekutuan di Malaysia. Dari segi perspektif praktikal, hasil daripada kajian ini dapat digunakan oleh pembuat dasar, pengurus dan penyelidik pada masa akan datang yang berminat untuk membuat penambahbaikan dasar pengurusan sumber manusia di sektor awam Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 187 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|