View Article |
Kiai Haji Ahmad Shah: peranannya dalam memantapkan perkembangan islam di Johor
Siti Maimon Md Sirat1, Farahwahida Mohd Yusof2, Kassim Thukiman3, Saleha Sacckani4.
Dalam pembinaan sebuah masyarakat dan negara-bangsa, aspek kepimpinan memainkan peranan utama. Lebih-lebih lagi kepimpinan itu datang dari tokoh
yang bergelar ulama. Kiai Haji Ahmad Shah merupakan tokoh ulama terkenal di Johor. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai kadi di beberapa daerah di negeri Johor sebelum dilantik menjadi Kadi Besar Johor. Dilahirkan pada tahun 1901 di Kampung Rimba Terjun, Pontian, Johor. Kecemerlangannya menguasai ilmu dalam pelbagai bidang dan bakat kepimpinannya mula terserlah seawal zaman kanak-kanak lagi. Keunggulan peribadinya berjaya menarik minat masyarakat untuk mendalami ajaran Islam, bahkan beliau menjadi contoh ikutan kepada pemimpin dan para murabbi dewasa ini. Kegigihan Kiai Haji Ahmad Shah berhadapan dengan cabaran dalam membangunkan dan mengukuhkan akidah masyarakat Islam pada era sebelum merdeka diberi tumpuan utama dalam kajian ini. Hal ini sekaligus memperlihatkan ketokohan kepimpinan ulama yang ada pada diri Kiai Haji Ahmad Shah; seorang pemimpin yang benar-benar berpegang kepada prinsip ‘Kepimpinan Melalui Teladan.’
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 184 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|