View Article |
Pengaruh budaya dan lokasi terhadap persepsi dan penggunaan telefon bimbit di tempat-tempat awam: satu analisis perbandingan antara beberapa negara
Siti Harnani Amir Hushin1, Hasrina Mustafa2, Bahiyah Omar3.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi dan penggunaan telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas di tempat awam yang melibatkan responden dari
empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, China dan Iran. Kajian ini menggunakan Teori Interaksi Sosial oleh Goffman (1959) dalam memahami isu yang
dikaji. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik berstruktur dalam kalangan 400 responden yang terdiri 100 pelajar dari Malaysia, 100 pelajar dari Indonesia, 100 pelajar dari China dan 100 pelajar lagi dari Iran telah dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan: 1) Terdapat perbezaan yang signifikan di antara responden di kalangan negara yang berbeza mengenai persepsi terhadap penggunaan telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas di tempat-tempat awam, di mana responden Malaysia, Indonesia dan China paling berasa terganggu di tempat-tempat awam, manakala responden Iran paling kurang terganggu di tempat-tempat awam 2) Terdapat perbezaan yang signifikan di antara responden di kalangan negara yang berbeza dalam penggunaan telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas di tempat-tempat awam, di mana responden Malaysia dan Indonesia merupakan pengguna yang paling jarang, menggunakan telefon bimbit di semua tempat-tempat awam manakala responden dari China kerap menggunakan telefon bimbit di dalam bas sahaja. Responden Iran adalah pengguna paling kerap di empat tempat iaitu pasaraya, bas, laluan pejalan kaki dan restoran. 3) Kebanyakan responden dari pelbagai negara lebih kerap menggunakan telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas di tempat tumpuan pelbagai berbanding tempat tumpuan fokus. Kajian merumuskan bahawa fakor kedekatan budaya dan lokasi didapati mempengaruhi persepsi dan penggunaan telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas di tempat-tempat awam.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 188 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|