View Article |
Analisis faktor-faktor yang menyumbang kepada penglibatan politik dalam kalangan penduduk Pulau Pinang
Noor Atirah Eliya Mohd Nor1, Hasrina Mustafa2.
Penglibatan politik adalah antara asas fundamental dalam sistem demokrasi, tanpanya sesebuah negara berteraskan sistem tersebut akan berkubur. Terdapat
pelbagai faktor yang mempengaruhi penglibatan politik seseorang individu dalam sesebuah negara. Justeru itu tujuan kajian ini adalah untuk meneliti kesan
penggunaan media massa (iaitu televisyen, radio, surat khabar, Internet), minat, sikap, pengetahuan umum terhadap politik serta umur yang mempengaruhi
penglibatan politik seseorang individu melalui perantaraan faktor perbincangan interpersonal dengan mengaplikasikan Model Differential Gains. Tinjauan
yang melibatkan 386 responden di Pulau Pinang, Malaysia telah dijalankan. Hasil kajian ini mendapati bahawa minat terhadap politik dan pengetahuan
umum tentang isu-isu politik paling mempengaruhi tahap penglibatan responden dalam politik. Kesemua faktor pendedahan media massa, sikap terhadap
politik dan umur didapati tidak mempengaruhi penglibatan politik. Selaras dengan Model Differential Gains, faktor perbincangan interpersonal tentang
politik di dapati berperanan sebagai faktor perantara antara penggunaan media massa (iaitu radio dan surat) dan pengetahuan umum terhadap politik dan
penglibatan politik seseorang individu. Kajian merumuskan bahawa perbincangan interpersonal tentang isu politik semasa bersama rakan-rakan dan
keluarga sangat penting dalam meningkatkan penglibatan rakyat dalam arus politik tempatan berbanding media massa.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 178 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|