View Article |
Peranan estim diri sebagai pengantara antara perapatan ibu bapa-anak dan sikap terhadap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah
Nor Jum'awaton Shahruddin1, Mariani Mansor2, Zainal Madon3, Hanina Halimatusaadiah Hamsan4.
Kajian ini bertujuan menguji peranan pengantara estim diri dalam hubungan antara perapatan ibu bapa-anak dan sikap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan reka bentuk keratan rentas, sampel kajian melibatkan seramai 130 remaja perempuan yang hamil luar nikah berumur 14 hingga 19 tahun dari empat buah Institusi Perlindungan dan Pemulihan di negeri Selangor, Perak, Johor dan Kelantan terlibat
dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap perapatan ibu bapa dengan remaja di tahap sederhana, tahap estim diri yang tinggi dan sikap tingkah laku seksual berada di tahap yang tinggi. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan perkaitan signifikan antara perapatan ibu bapa anak (r=-.220, p<.05) dan estim diri (r= .708, p<.05) dengan sikap tingkah laku seksual. Kajian ini juga menganalisis peranan estim diri sebagai pemboleh ubah pengantara ke atas perapatan ibu bapa-anak dan estim diri ke atas sikap tingkah laku seksual. Kesimpulannya, perapatan ibu bapa-anak dan estim diri mempunyai hubungan dengan sikap tingkah laku seksual. Dapatan kajian ini membuktikan ibu bapa perlu memaksimumkan waktu bersama anak bagi memastikan
remaja tidak berasa tersisih dalam keluarga. Dalam masa yang sama, kajian ini turut mencadangkan beberapa alternatif dalam usaha membendung salah laku seksual di kalangan remaja masa kini.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 198 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|