View Article |
Gallus gallus domesticus dan paradoxurus hermaphroditus dalam peribahasa melayu: analisis semantik inkuisitif
Muhammad Zaid Daud1.
Penggunaan leksikal ayam (Gallus gallus domesticus) sebagai objek dan musang (Paradoxurus hermaphroditus) sebagai imej dalam peribahasa Melayu
telah mempamerkan bahawasanya masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah mengasimilasikan kejadian di alam sekeliling mereka dengan kehidupan
seharian. Jelmaan sikap haiwan tersebut telah dikiaskan dengan sikap atau kelakuan manusia ini dapat dilihat melalui makna harfiah peribahasa tersebut. Kajian ini akan mencungkil sebab pemilihan leksikal ayam dan musang dalam peribahasa Melayu melalui perseptif semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016) susunan Abdullah Hussain sebagai pengumpulan data peribahasa Melayu. Sejumlah lima peribahasa Melayu yang berasosiasi dengan leksikal ayam dan musang telah dikesan dalam kamus ini. Seterusnya, pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) yang berpandukan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay
Concordance Project (MCP) dilakukan. Analisis seperti ini mampu menghuraikan makna peribahasa Melayu tersebut sehingga ke akal budi penuturnya.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 217 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|