View Article |
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen komposisi pengajaran guru pendidikan islam sekolah rendah yang mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) menerusi pengajaran akidah
Mohd Syaubari Othman1.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amalan pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah di dalam
mengintergrasikan KBAT dengan menggunakan analisis secara kuantitatif dan kualitatif iaitu kaedah campuran (mixed method). Instrumen ini adalah terdiri
daripada soal selidik, semakan pemerhatian dan protokol temu bual yang telah diubahsuai oleh penyelidik bagi memastikan bertepatan dengan objektif yang
ditetapkan. Instrumen ini dilaksanakan berdasarkan prosedur yang telah ditentukan dan memenuhi standard pengukuran untuk kesahan dan
kebolehpercayaan. Penyelidik telah melakukan kesahan kandungan dan kesahan muka terhadap soal selidik yang dibina sama ada menggunakan penentuan
konstruk, pengesahan pakar dan analisis faktor bagi kaedah secara kuantitatif manakala bagi kesahan secara kualitatif dilaksanakan secara trigulasi,
penilaian pakar dan semakan semula oleh peserta bagi kajian rintis. Dapatan keseluruhan menunjukkan tahap kesahan yang tinggi setelah beberapa
penambahbaikan telah dilaksanakan. Seterusnya bagi analisis kebolehpercayaan, dapatan ujian cronbach alpha telah memperlihatkan 0.90 ke atas bagi
setiap item yang telah ditentukan manakala bagi kajian secara kualitatif, penganalisaan menggunakan Cohen kappa yang menghasilkan nilaian 0.87 bagi
temu bual dan 0.83 bagi pemerhatian. Ini menunjukkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi instrumen kajian ini dan boleh diteruskan
pada kajian yang sebenar.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 208 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|