View Article |
Trend pembelajaran menggunakan multimedia interaktif dalam bidang pendidikan teknikal : satu sorotan literatur
Siti Zulaidah Salsidu1, Mohamed Nor Azhari Azman2, Pratama, Hendri3.
Teknologi berkembang seiring dengan kemajuan pendidikan dalam negara. Pembangunan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat dan pengkomputeran secara tidak langsung telah mengubah sistem pendidikan di Malaysia. Guru-guru di sekolah bukan hanya sekadar mengajar menggunakan kapur dan bertutur secara lisan, mereka juga turut didedahkan dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Skenario ini memperlihatkan kepesatan penggunaan komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kajian dijalankan bertujuan untuk menunjukkan trend pembelajaran menggunakan Multimedia Interaktif dalam bidang Pendidikan Teknikal. Berikut adalah kerangka konseptual bagi kajian yang dilakukan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji trend pembelajaran menggunakan Multimedia Interaktif bagi melihat corak perubahan penggunaan media pembelajaran multimedia yang dikhususkan dalam bidang Pendidikan Teknikal antara tahun 1900-2013. Dapatan bagi perspektif terhadap penggunaan Multimedia Interaktif sangat membantu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran guru kemahiran hidup dan pelajar. Secara keseluruhannya, keberkesanan dan kelangsungan penggunaan Multimedia Interaktif di sekolah menunjukkan keperluan media pembelajaran ini dalam mencorakkan bidang pendidikan teknikal di masa hadapan.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 217 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|