View Article |
Hubungan antara trait personaliti kehematan, keterbukaan, ekstraversidan kesetujuan dengan kecerdasan emosi dalam kalangan pemimpin pendidik sekolah berprestasi tinggi (SBT)
Nurul Hudani Md Nawi1, Ma'rof Redzuan2, Noor Hisham Md Nawi3.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan bagi kecerdasan emosi dan trait personaliti dalam kalangan pemimpin pendidik di Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT). Dua set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Emotional Competence Inventory (ECI) untuk mengukur kecekapan
kecerdasan emosi dan soal selidik Five-Factor Model of Personality (NEO PI-R) bagi mengukur personaliti telah dijalankan ke atas 306 pemimpin pendidik
(89%) di 15 buah SBT di Malaysia. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara trait personaliti seperti kehematan (Conscientiousness (r=.552, p<.05), keterbukaan (Openness to experiences (r=.362, p<.05), ekstraversi (Extraversion (r=.505, p<.05), kesetujuan (Agreeableness (r=.193, p<.05) dengan kecerdasan emosi. Analisis kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan kepentingan dimensi kehematan (Conscientiousness) sebagai domain yang paling kuat berhubungan dengan kecerdasan emosi berbanding dimensi yang lain. Dari sudut praktikal, penggunaan pemboleh ubah psikologi dan pemilikan hubungan positif kecerdasan emosi dan trait personaliti berupaya untuk memperkasakan lagi prestasi kerja sehingga memberi kebaikan kepada institusi pendidikan SBT kerana dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 182 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|