View Article |
Hubungan antara personaliti big five dengan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja sokongan di UTM, kampus Johor
Abdah Ishak1, Mastura Mahfar2, Halimah Yusof3.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara Personaliti Big Five dengan kepuasan kerja pekerja di UTM, kampus Johor. Responden kajian terdiri daripada seramai 272 orang pekerja sokongan. Personaliti Big Five telah diukur menggunakan instrumen NEO Five Factor Inventory (McCrae, 2004). Manakala, kepuasan kerja diukur menggunakan instrumen Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) (Weiss et al., 1967). Dapatan kajian rintis telah menunjukkan bahawa nilai alpha Cronbach bagi Personaliti Big Five adalah di antara .75 hingga .88 dan .84 hingga .85 bagi kepuasan kerja. Analisis statistik deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan serta statistik inferensi dalam bentuk pekali Korelasi Pearson telah digunakan bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan .05. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa dimensi yang paling dominan berdasarkan Personaliti Big Five pekerja sokongan di UTM, kampus Johor adalah dimensi agreeableness, manakala kepuasan kerja berada pada tahap rendah. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan signifikan antara dimensi conscientiousness berdasarkan Personaliti Big Five dengan kepuasan kerja (r = 0.24, p< .05). Sementara
dimensi agreeableness juga didapati mempunyai hubungan signifikan dengan kepuasan kerja (r = 0.25, p< .05). Selain itu, kajian ini memberi maklumat mengenai perbezaan Personaliti Big Five dalam kalangan pekerja sokongan, di mana pihak pengurusan di UTM boleh menggunakan maklumat tersebut untuk membantu pekerja sokongan meningkatkan kepuasan kerja mereka. Kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan pada masa depan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 212 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|