View Article |
Tingkah laku kewargaan organisasi sebagai mediator dalam hubungan di antara kepuasan kerja dan komitmen organisasi terhadap prestasi tugas dalam kalangan pensyarah universiti
Muhamad Ariff Ibrahim1, Wan Shahrazad Wan Sulaiman2, Sarah Waheeda Muhammad Hafidz3.
Tingkah laku kewargaan organisasi dan prestasi tugas merupakan sebahagian daripada komponen prestasi kerja. Kajian ini bertujuan menguji hubungan
antara kepuasan kerja, komitmen organisasi, tingkah laku kewargaan organisasi dan juga prestasi tugas. Di samping itu, kajian ini bertujuan menguji
peranan tingkah laku kewargaan organisasi sebagai pengantara dalam hubungan antara kepuasan kerja dan komitmen organisasi terhadap prestasi tugas
kakitangan akademik UKM. Seramai 211 orang responden terlibat dalam kajian ini. Empat alat pengukuran digunakan iaitu soal selidik kepuasan kerja, soal
selidik komitmen organisasi, skala tingkah laku kewargaan organisasi dan skala prestasi tugas yang dibangunkan oleh pengkaji. Keputusan menunjukkan terdapat korelasi signifikan antara kepuasan kerja, komitmen organisasi dan tingkah laku kewargaan organisasi dengan prestasi tugas. Dapatan regresi pelbagai menunjukkan bahawa tingkah laku kewargaan berperanan sebagai mediator menghubungkan komitmen organisasi dan prestasi tugas. Keputusan
kajian walau bagaimanapun mendapati tingkah laku kewargaan organisasi tidak berperanan sebagai mediator dalam hubungan kepuasan kerja dengan prestasi tugas dalam kalangan kakitangan akademik. Implikasi kajian mencadangkan kepentingan kepuasan kerja, komitmen organisasi dan tingkah laku kewargaan organisasi dalam mempengaruhi keberkesanan dan prestasi organisasi.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 184 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|