View Article |
Pengurusan & pentadbiran guru besar ke arah pencapaian sekolah ugama teladan: kajian kes di daerah Tutong, Brunei Darussalam
Gamal Abdul Nasir Zakaria1, Aliff Nawi2, Zatul Iradah Yusop3.
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengurusan dan pentadbiran guru-guru besar dan meneroka kekangan dalam pentadbiran dan
pengurusan yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam usaha melayakkan diri menyandang gelaran sekolah teladan di sekolah-sekolah ugama di daerah Tutong, Brunei. Sebanyak 10 orang guru besar disekolah ugama terlibat di dalam kajian. Mereka diminta untuk menjawab satu set soal selidik dan kemudiannya ditemu bual untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. Data kemudiannya di analisis menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan skor min. Dapatan menunjukkan bahawa tahap pengurusan sekolah ugama berada pada tahap yang memuaskan. Kajian turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh pihak pentadbir dalam usaha untuk meraih gelaran sekolah ugama teladan. Di akhir kajian, beberapa cadangan turut diberikan bagi memastikan proses pengurusan dan pentadbiran berjalan dengan lebih lancar seterusnya berjaya meraih gelaran sekolah ugama teladan.
Affiliation:
- Universiti Brunei Darussalam, Brunei
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 187 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|