View Article |
Pendedahan kedermawanan korporat: suatu ulasan
Mohd Farid Asraf Md Hashim1, Mohd ‘Atef Md. Yusof2.
Kedermawanan korporat berfungsi sebagai alat strategik di dalam meningkatkan
prestasi syarikat, persekitaran dan prospek perniagaan dengan cara mengintegrasikan
matlamat pembangunan sosial dan ekonomi syarikat. Keupayaan di dalam
mengkomunikasikan inisiatif ini melalui pendedahan dan pelaporan sosial secara efektif
kepada pihak-pihak berkepentingan merupakan satu aspek yang penting di dalam kejayaan
jangka panjang dan pembangunan sesuatu syarikat. Pendedahan kedermawanan korporat
bukan sahaja bertindak sebagai pemangkin kepada kelebihan persaingan syarikat tetapi juga
berfungsi sebagai mekanisma kawalan di dalam tadbir urus korporat. Artikel ini turut
mengulas berkenaan kajian-kajian terdahulu berkaitan pendedahan kedermawanan korporat
serta panduan dan rangka kerja pelaporan yang relevan dengan kedermawanan korporat dari
perspektif negara Malaysia Memandangkan kajian berkaitan pendedahan kedermawanan
korporat secara khusus agak terhad berbanding dengan kajian-kajian tema tanggungjawab
sosial yang lain, artikel ini bermanfaat di dalam memberikan pemahaman awal berkaitan isu
ini.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 152 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|