View Article |
Literasi cukai - suatu kajian ke atas tahap dan faktor penggalak dikalangan individu dengan pendapatan penggajian di Malaysia
Siti Zaidah Turmin1, Mohamad Noor Hisham Osman2.
Literasi cukai didefinasikan sebagai pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang
pembayar cukai untuk menguruskan isu-isu berkaitan cukai individu. Ianya dapat
memberikan impak yang signifikan ke atas isu-isu percukaian yang merangkumi aspek moral,
pematuhan cukai dan hasil cukai. Tahap literasi cukai yang tinggi dikaitkan dengan
peningkatan hasil kerajaan, sebaliknya literasi cukai yang rendah akan menyumbang kepada
kemerosotan hasil negara. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap literasi cukai dan faktorfaktor yang mempengaruhinya di kalangan pembayar cukai individu. Soal selidik diedarkan
kepada 250 sampel kajian yang terdiri daripada pekerja dengan pendapatan penggajian yang
meliputi kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Data kajian dianalisa menggunakan teknik
statistik diskriptif dan ujian regrasi berganda. Hasil kajian mendapati bahawa responden
menunjukkan tahap literasi cukai yang memuaskan berkaitan item di bawah kategori
tanggungjawab dan hak sebagai pembayar cukai, pendapatan penggajian, pelepasan individu,
rebat serta kesalahan, penalti dan kompaun. Bagaimanapun, kajian menemukan tahap
pengetahuan cukai yang tidak memuaskan berkaitan dengan item di bawah kategori pelepasan
anak. Hasil ujian regrasi berganda pula menunjukkan bahawa tahap literasi cukai mempunyai
hubungan positif yang signifikan dengan faktor umur dan tahap pendidikan pembayar cukai,
manakala faktor status perkahwinan pula menunjukkan hubungan signifikan yang negatif ke
atas tahap pengetahuan cukai. Faktor jantina, jawatan dipegang, tahap pendapatan dan jenis
pekerjaan adalah tidak signifikan dalam mempengaruhi tahap literasi cukai.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 142 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|