Kehadiran imageri dalam karangan Bahasa Melayu Murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Suppiah Nachiappan1, Kalai Selvan Mohan2, Dayang Sri Masain Abd.Rahim3, Charles Ganaprakasam4, Sandra Suffian5.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis imageri, mengklasifikasi serta menginterpretasi peristiwa-peristiwa dan pengalaman-pengalaman yang membantu kehadiran imageri dalam karangan murid. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan penyelidikan kualitatif. Sebanyak sepuluh karangan murid Tahun 5 dan Tahun 6 di sebuah SJK (Tamil) di daerah Manjung, Perak telah dipilih untuk menganalisis bagi mengenal pasti kehadiran unsur imageri dan menginterpretasikannya menggunakan kaedah Hermeneutik. Tajuk bagi karangan adalah sama, iaitu ‘Pengalaman berkelah di tepi pantai’. Hasil kajian menunjukkan imageri yang paling banyak digunakan dalam karangan murid adalah imageri kata ganda, iaitu sebanyak tiga puluh lima kali, diikuti dengan imageri aspek emosi sebanyak dua puluh kali, kemudian imageri peribahasa sebanyak sembilan kali, imageri kiasan bunga sebanyak tujuh kali dan imageri waktu sebanyak enam kali. Implikasi kajian ini adalah penting terutama kepada guru dalam membantu murid untuk menulis karangan dengan lebih berkesan. Imageri yang hadir dalam karangan-karangan bukan hanya dapat melahirkan imej dan nilai kepada karangan, malah dapat meningkatkan kualiti pengkaryaan agar semakin menarik dan diminati oleh para pembaca
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 162 time(s))