Hubungan antara beban tugas dan tekanan kerja dengan komitmen guru sekolah rendah
Abdul Said Ambotang1, Norhayati Bayong2.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor beban tugas, tekanan kerja guru dan hubungannya dengan komitmen kerja guru berdasarkan ciri demografi guru. Seramai 207 orang guru dari enam buah sekolah terpilih kategori bandar di daerah Tawau mengambil bahagian di dalam kajian ini. Soal selidik terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A tentang ciri demografi, bahagian B merupakan skala Beban Tugas Guru, bahagian C pula skala Tekanan Kerja Guru dan bahagian D ialah Skala Komitmen Kerja Guru. Kaedah deskriptif untuk kajian ini ialah frekuensi dan peratus dan ujian -t tidak bersandar. Manakala kaedah statistik inferens pula ujian –t tidak bersandar dan korelasi Pearson digunakan untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tekanan kerja dalam kalangan guru lelaki dan perempuan. Begitu juga berdasarkan faktor kategori perkhidmatan guru tidak terdapat perbezaan komitmen kerja guru. Berdasarkan faktor kategori perkhidmatan juga tidak ada perbezaan dalam aras tekanan kerja guru. Begitu juga tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skala beban tugas guru terhadap komitmen kerja guru namun sebaliknya pula terdapat hubungan yang signifikan antara skala tekanan kerja guru terhadap skala komitmen kerja guru.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 390 time(s))