View Article |
Hikayat Pelanduk Jenaka : perkembangan kecerdasan bodily- kinesthetic dan kecerdasan bahasa kanak-kanak dan remaja
Roslina Abu Bakar1.
Objek penelitian ini mengenai kehidupan masyarakat seisi rimba menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat Pelanduk Jenaka membawa pelbagai penyelesaian masalah yang berupaya mempengaruhi pembangunan jasmani, emosi, intelek dan sahsiah golongan kanak-kanak. Hikayat Pelanduk Jenaka amat sesuai dijadikan medium pengajaran kepada kanak-kanak pra sekolah mahupun remaja awal. Perwatakan yang dibawakan oleh watak-watak binatang menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka turut menghubungkan dengan kecerdasan pelbagai yang berupaya membina pengetahuan dan maklumat awal pada peringkat awal pembelajaran kanak-kanak. Hikayat Pelanduk Jenaka amat bersesuaian untuk digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dan remaja awal untuk memperkembangkan kecerdasan yang merupakan keupayaan semulajadi yang dimiliki oleh mereka. Kajian ini mengaplikasikan kaedah analisis kandungan dan berfokus kepada teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner (1983; 1993). Naratif Hikayat Pelanduk Jenaka berupaya dihubungkan dengan pelbagai kecerdasan yang dimiliki oleh kanak-kanak dan remaja. Namun demikian, penulisan ini hanya berfokus kepada kecerdasan bodilykinesthetic dan kecerdasan bahasa sahaja serta hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dan remaja awal. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti Hikayat Pelanduk Jenaka dan hubungannya dengan perkembangan kecerdasan bahasa dan bodily-kinesthetic kanak-kanak dan remaja. Kedua, untuk menganalisis kecerdasan bahasa dan kecerdasan bodilykinesthetic serta hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran kanakkanak dan remaja awal. Kecerdasan pelbagai dan Hikayat Pelanduk Jenaka berupaya membangun perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah kanak-kanak. Kajian ini berupaya memaparkan kepentingan naskhah Melayu lama dan sumbangannya kepada generasi muda pada era ini.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 174 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|