View Article |
Hubungan antara kesediaan dalam pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah dengan motivasi instrinsik
M.Kaviza1, Fauziah Abdul Rahim2, Nurliyana Bukhari3.
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kesediaan dalam pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah dengan motivasi instrinsik dalam kalangan murid. Kajian ini berbentuk tinjauan secara korelasi yang melibatkan sampel kajian seramai 521 orang murid Tingkatan Empat di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik yang telah diadaptasi dan disahkan oleh pakar pendidikan sejarah serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian korelasi Pearson dan ujian Regresi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesediaan pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap mempunyai hubungan linear positif yang amat tinggi secara signifikan terhadap motivasi instrinsik dalam kalangan murid. Tambahan pula, pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam kesediaan pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah didapati menyumbang kepada peningkatan motivasi instrinsik secara signifikan. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan sumber-sumber sejarah perlu diterapkan secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah kerana mempunyai perkaitan yang kuat antara kesediaan dengan motivasi instrinsik dalam kalangan murid.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 138 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|