View Article |
Tinjauan motivasi, sikap dan peningkatan prestasi murid sekolah rendah melalui penggunaan halaman celik akal (VLE)
Muhammad Sabiq Mohd Noor1, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria2.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi membantu dalam penyampaian ilmu secara interaktif dan menarik. Transformasi daripada pembelajaran tradisional kini murid belajar melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) boleh menarik minat selain akses bahan secara meluas oleh murid-murid. Pelaksanaan pembelajaran melalui Halaman Celik Akal memberikan kesan positif terhadap motivasi, sikap dan prestasi murid terutamanya dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meninjau motivasi dan sikap murid serta mengkaji hubungan antara kedua-dua konstruk tersebut. Kajian juga memberi fokus kepada prestasi murid selepas penggunaan halaman ini dalam PdP. Kajian ini melibatkan 31 orang murid
tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Terdapat empat persoalan yang dianalisis dalam kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa motivasi dan sikap murid berada pada tahap yang tinggi selepas pembelajaran melalui halaman ini. Dari aspek prestasi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara skor murid sebelum dan selepas penggunaan halaman ini (t= -8.162, df=30, p = 0.00). Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat hubungan antara motivasi dan sikap murid (r = -0.059, P = 0.752) melalui pembelajaran ini. Oleh yang demikian, kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan pembelajaran persekitaran maya (VLE) melalui Halaman Celik Akal mempunyai banyak kelebihan kepada murid terutamanya dari aspek motivasi, sikap
dan prestasi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 189 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|