View Article |
Pembelajaran berdasarkan senario dalam mengajar model penyelesaian masalah
Tamilselvam, Shanthi1, Johari Surif2.
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesesuaian modul Pembelajaran Berdasarkan Senario (PBS), yang telah direka dalam topik Model Penyelesaian Masalah.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kelebihan PBS untuk penggunaan di universiti dan peringkat pendidikan menengah. Di samping itu, kajian ini
dijalankan untuk mengetahui halangan dan batasan yang wujud dalam PBS yang direka. Pakar dari sebuah universiti dan sekolah menengah mengambil
bahagian dalam kajian ini yang dijalankan sebagai temubual. Temubual tersebut bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang kesesuaian dan ciri-ciri
modul, serta kelebihan dan halangan dalam modul PBS. Data yang diperoleh daripada temubual dianalisis secara kualitatif melalui proses transkripsi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul yang dicipta sesuai untuk diamalkan di peringkat universiti dalam kalangan mahasiswa. Hasil kajian ini juga
membuktikan bahawa modul mempunyai banyak kelebihan dari segi pemahaman kandungan pembelajaran, kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran sosial dan kolaboratif serta motivasi intrinsik pelajar. Selain itu, halangan dan batasan yang wujud dalam PBS juga
dibincangkan. Kajian ini memberi manfaat dari perspektif menyediakan maklumat tentang kesesuaian, kebaikan dan halangan PBS bagi kursus Penyelesaian
Masalah dalam Pendidikan Kimia. Malah, pensyarah universiti dan guru sekolah menengah boleh mengambil kajian ini sebagai rujukan untuk aplikasi PBS
dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pelajar di universiti juga boleh mendapat manfaat daripada modul PBS yang direka dan juga hasil
kajian ini.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 210 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|