View Article |
Penggunaan permainan digital dalam pembelajaran bilik darjah bagi meningkatkan kreativiti dalam penyelesaian masalah matematik
Nurfazliah Muhamad1, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria2, Shaharudin Md. Salleh3, Jamalludin Harun4.
Permainan digital diakui dapat menjana kemahiran pelajar bersesuaian dengan kemahiran abad ke-21. Terdapat pelbagai jenis permainan digital yang dapat digunakan dalam bilik darjah pada masa kini. Namun begitu, cabarannya ialah bagaimana untuk memilih permainan digital yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan kurikulum yang dikehendaki. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang bagaimana pemilihan permainan digital boleh dibuat dan apakah ciri-ciri yang perlu diberi perhatian semasa memilih permainan digital. Permainan yang digunakan dalam kajian ini adalah permainan logik yang digunakan sebagai medium menggalakkan pelajar berfikir dalam mengembangkan kreativiti mereka apabila menyelesaikan soalan penyelesaian
masalah matematik. Dalam artikel ini dibincangkan pemilihan permainan yang dibuat berdasarkan kepada ciri-ciri yang diperkenalkan dalam ‘Magic Bullet’ iaitu perkara yang mesti dipelajari, dan perkara yang dapat dipelajari. Dapatan maklumbalas pelajar turut dibincangkan dalam kajian yang dijalankan sebagai gambaran pelaksanaan permainan digital di dalam bilik darjah. Secara keseluruhan, pelajar menyatakan mereka dapat mempelajari bahawa melalui permainan yang diberikan, mereka menyedari bahawa strategi dalam penyelesaian masalah dapat membantu memudahkan sesuatu masalah itu diselesaikan dan pembelajaran bersama rakan-rakan juga dapat memudahkan mereka untuk menyelesaikan permasalahan yang diberi. Diharapkan artikel ini dapat memberi panduan kepada pengkaji dan guru dalam membuat pemilihan permainan digital yang bersesuaian dalam bilik darjah agar objektif penggunaan permainan digital dalam pembelajaran dapat dicapai.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 223 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|