View Article |
Aplikasi gaya pengajaran dan pembelajaran aktif dalam subjek kemahiran dinamika bagi merealisasikan pendidikan abad ke-21
Asmawati Mohamad Ali1, Norizal Abdul Karim@SAB2, Anita Mohamed3, Noraihan Ismai4.
Kesesuaian penentuan pendekatan, kaedah, teknik serta strategi yang diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berhubung rapat dengan pelaksana kurikulum. Pensyarah akademik bukan sahaja menentukan reka bentuk dan pembangunan elemen-elemen yang terkandung dalam subjek malah mereka juga bertindak selaku pentaksir serta penilai terhadap hasil pembelajaran (learning outcome). Pelaksanaan pembelajaran aktif (active learning)
merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam konsep Pendidikan Abad ke-21 (PAK-21). Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif secara temu bual dan pemerhatian dalam kalangan pelajar matrikulasi. Kutipan data temu bual separa berstruktur dianalisis secara verbatim manakala pencerapan pemerhatian menggunakan borang senarai semak. Secara umumnya, dapatan kajian menunjukkan aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif bersesuaian untuk diaplikasikan khususnya dalam amali etiket di meja makan, penganjuran majlis, sesi temu duga dan pengucapan awam. Hasil pembelajaran terhadap aktiviti-aktiviti ini juga ditaksirkan berupaya untuk mengembangkan kemahiran insaniah (generik) dari perspektif pensyarah dan para pelajar.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Kolej Matrikulasi Pahang, Malaysia
- Kolej Matrikulasi Pahang, Malaysia
- Kolej Matrikulasi Pahang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 264 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|