View Article |
Komitmen terhadap keselamatan aktiviti luar dan berisiko dalam pendidikan
Noorasikin Ismail1, Zainal Abidin Zainuddin2, Halijah Ibrahim3.
Keselamatan merupakan elemen penting semasa menjalankan semua aktiviti luar dan berisiko. Pastinya aktiviti sebegini terdedah kepada isu keselamatan samada sebelum, semasa atau selepas sesuatu aktiviti dilaksanakan. Pelbagai aspek penting perlu dititikberatkan semasa melaksanakan aktiviti luar dan berisiko untuk menjamin kemalangan yang boleh dielakkan dan selamat daripada insiden yang boleh menyebabkan kecederaan langsung atau tidak langsung. Objektif kajian ini adalah untuk menilai komitmen keselamatan dalam kalangan pentadbir dan pelaksana dari aspek tahap pengetahuan, kompetensi dan amalan keselamatan aktiviti luar dan berisiko. Kajian ini menggunakan soal selidik dan soalan terbuka secara dalam talian terhadap pentadbir yang terdiri daripada kumpulan pengurusan dan pelaksana secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan sangat tinggi peratusannya iaitu 93.8% terarah kepada tidak menerima iaitu 53.1% dan tidak pasti menerima 37.5% latihan khusus berkaitan keselamatan. Kewujudan fungsi sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga mencatatkan tidak dan tidak pasti sebanyak 71.0% oleh responden. Walau
bagaimanapun, hanya 6.1% responden mencatatkan tidak pasti bagaimana menangani risiko semasa menjalankan aktiviti tersebut. Kompeten responden terhadap tugas berdasarkan kelayakan dan bertauliah adalah tinggi peratusannya. Berdasarkan komitmen dan amalan keselamatan pula menunjukkan peratusan tinggi responden memberi maklum balas positif terhadap komitmen keselamatan dan perlunya situasi selamat semasa beraktiviti berpandukan Dan Petersen Safety Theory (1982). Senario ini menunjukkan satu usaha ke arah memantapkan prosedur standard operasi (SOP) aktiviti luar dan berisiko yang sedia ada ditambah elemen pengurusan risiko yang sangat perlu dihasilkan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 175 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|