View Article |
Cabaran psikologi bagi remaja yang menghidap diabetes jenis 1
Ariffi Suraya Rahmani1, Azlina Mohd. Kosnin2, Zakiah Mohamad Ashari3.
Pengurusan penyakit kronik adalah sangat mencabar dan memerlukan strategi pencegahan yang berkesan untuk mengatasi kesukaran yang dihadapi dalam mengekalkan tahap kesihatan dan keseimbangan kualiti hidup. Diabetes jenis 1 adalah salah satu penyakit kronik yang sering berlaku pada kanak-kanak dan remaja yang memerlukan rawatan dan penjagaan yang kompleks. Aspek pengurusan penyakit diabetes jenis 1 merangkumi pengambilan insulin, pemeriksaan tahap glukosa darah, memantau risiko dan rawatan komplikasi penyakit, mengawal pemakanan, dan aktiviti fizikal. Selain itu, kurangnya pemahaman penyakit diabetes oleh ahli keluarga dan rakan-rakan juga membuatkan mereka sukar untuk menyesuaikan diri dengan penyakit ini dan boleh
menyebabkan mereka mengalami masalah dan tekanan psikologi. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran psikologi yang sering dihadapi oleh remaja yang menghidap diabetes jenis 1. Kajian dijalankan dengan membuat tinjauan literatur terhadap 9 artikel jurnal yang diterbitkan dari tahun 2010 hingga 2017 yang diperoleh daripada Elsevier, SAGE, PubMed dan NIH Public Access. Hasil kajian telah mengenal pasti beberapa aspek psikologi yang
sering dialami oleh remaja yang menghidap diabetes jenis 1 iaitu kemurungan, kebimbangan, tekanan dan kesusahan. Keadaan psikologi ini boleh memberi kesan buruk terhadap kualti hidup, pengawalan glukosa dan keupayaan untuk menangani aspek pengurusan diabetes. Diharapkan pengurusan yang betul dalam menghadapi cabaran psikologi akan membawa kepada hasil yang lebih baik.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 166 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|