View Article |
Amalan penyeliaan klinikal mempengaruhi tahap keberkesanan pengajaran guru di daerah Kuala Kangsar
Nur Nazurah Mohd Noramin Chang1, Khadijah Daud2.
Kajian berbentuk deskriptif ini telah dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik ke atas sepuluh buah sekolah di Zon Kuala Kangsar Perak untuk melihat amalan penyeliaan Klinikal Pengetua. Tujuan utamanya ialah untuk mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap penyeliaan klinikal yang
dijalankan oleh pengetua dan ingin melihat keberkesanan penyeliaan terhadap tahap kualiti pengajaran guru di sekolah-sekolah. Sebanyak 175 set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru di lapan buah sekolah yang terpilih. Kajian rintis telah dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan instrument kajian. Data dikumpul secara kuantitatif dan telah dianalisa menggunakan perisian “Statistical Package For Social Sciences” (SPSS) versi 20.0. Ujian
Kolerasi Pearson digunakan dalam menguji hipotesis kajian ini. Disamping itu, min, kekerapan, frekuensi dan peratusan juga digunakan dalam menganalisa data. Dapatan kajian mendapati persepsi guru terhadap penyeliaan klinikal yang dijalankan oleh Pengetua adalah tinggi. Keberkesanan penyeliaan Klinikal di sekolah-sekolah kajian juga didapati tinggi. Tiga fasa utama dalam pendekatan penyeliaan Klinikal jelas dijalankan oleh Guru Besar sebagai penyelia. Daripada analisis ujian Kolerasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan persepsi guru terhadap tahap kualiti pengajaran guru. Di akhir kajian, cadangan- cadangan penambahaikan perlaksanaan penyeliaan klinikal di sekolah telah dinyatakan, beserta dengan cadangan kajian lanjutan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 185 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|