View Article |
Satu kajian tentang kawalan diri, gangguan belajar-masa lapang dan kesejahteraan pelajar
Nur Asiah Abd Ghani1, Zakiah Mohamad Ashari2.
Belajar adalah satu kebolehan semula jadi yang dimiliki oleh setiap individu. Ormrod, Anderman dan Anderman (2017) menjelaskan pembelajaran merupakan satu perubahan jangka panjang pada perkaitan dan perwakilan mental yang disebabkan oleh pengalaman. Bagi individu yang bergelar pelajar tidak kiralah pelajar sekolah atau pelajar universiti tidak semestinya mereka hanya menuntut ilmu sepanjang masa. Pelajar perlulah pandai membahagikan masa belajar dan masa lapang atau masa bersosial mereka dengan baik. Hal ini membolehkan mereka belajar dengan lebih berkesan dan tidak mendatangkan stress kepada mereka. Gangguan antara belajar dan waktu lapang ini dikaitkan dengan konflik motivasi di mana individu ingin melakukan sesuatu tetapi
perlu melakukan sesuatu yang lain (Riediger & Freund, 2008), Oleh itu, analisis ini dijalankan untuk mengenal pasti perkaitan antara kawalan diri, gangguan belajar-masa lapang dan kesejahteraan pelajar. Kajian lepas diperolehi melalui pangkalan data dalam talian seperti ScienceDirect, Springer Link dan EBSCOHost. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan antara kawalan diri, gangguan belajar-masa lapang dengan kesejahteraan pelajar. Kajian
ini penting kerana perkara ini masih lagi menjadi isu dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia di mana kebanyakan pelajar sukar untuk menguruskan masa dengan teratur. Hal ini menyebabkan mereka mempunyai beban kerja yang banyak dan cenderung untuk menyelesaikan tugasan pada waktu akhir.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 212 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|