View Article |
Pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan: peranan sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid
Hanita Mohd Yusoff1, Norzaini Azman2.
Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan keterlibatan
murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik mengikut
gender. Ia juga meneliti sama ada terdapat peranan keterlibatan sebagai
perantara bagi hubungan antara faktor sokongan pembelajaran dan
pencapaian murid.
Metodologi - Tinjauan keratan rentas digunakan untuk mengumpul
data yang melibatkan keterlibatan murid di sekolah, sokongan
pembelajaran dan pencapaian akademik. Sampel kajian adalah
seramai 800 orang murid yang berumur 16 tahun (lelaki n=400 dan
perempuan n=400) dari sekolah menengah kawasan bandar dan luar
bandar dalam daerah Kuala Selangor. Instrumen tinjauan keterlibatan
murid di sekolah (The Student Engagement Scale, Lam et al.,2009)
merupakan instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data.
Analisis inferensi korelasi Pearson dan regresi berganda dijalankan
untuk menentukan hubungan dan sumbangan antara pemboleh ubah.
Analisis model persamaan berstruktur (SEM) dilaksanakan untuk
mengenal pasti peranan keterlibatan sebagai perantara bagi faktor
sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik murid, mengikut
gender.
Dapatan - Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan
antara keterlibatan murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik. Keterlibatan murid merupakan perantara bagi faktor
sumbangan sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik murid
lelaki dan perempuan.
Kepentingan - Hasil kajian ini dapat mengukuhkan teori peranan
sokongan pembelajaran terhadap pencapaian murid, perbezaan gender
dalam keterlibatan agar program intervensi dapat ditambahbaik bagi
meningkatkan keberhasilan keterlibatan murid.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 286 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (2) |
Rank |
Q1 (Cultural Studies) Q2 (Education) Q3¬¬¬ (Psychology (all)) |
Additional Information |
SJR (0.385) |
|
|
|