View Article |
Federalisme dan pengurusan Pendidikan Islam di Kelantan
Azmil Mohd Tayeb1, Sharifah Nursyahidah Syed Annuar2.
Secara teorinya, federalisme sebagai sebuah sistem tadbir urus membolehkan
susunan kuasa yang seimbang antara kerajaan persekutuan dengan negeri-negeri
komponen yang berautonomi, yang secara rasmi digariskan oleh perlembagaan.
Walau bagaimanapun, dalam amalan yang sebenar, keseimbangan kuasa itu
jarang berlaku. Di Malaysia, sistem persekutuan amat memihak kepada kerajaan
persekutuan yang dominan walaupun bidang kuasa yang jelas telah diberikan
kepada negeri-negeri oleh perlembagaan. Artikel ini akan menggambarkan
mengapa kerajaan persekutuan di Malaysia dapat mengatasi pemisahan
kuasa yang dibentuk secara perlembagaan dengan menumpukan kepada
bidang pendidikan Islam. Jadual Kesembilan dan Artikel 3 Perlembagaan
Malaysia menetapkan bahawa setiap negeri mempunyai kuasa yang meluas
untuk mentadbir hal ehwal Melayu dan Islam dalam batasnya sendiri, di mana
pendidikan Islam adalah sebahagian daripadanya, dengan campur tangan yang
minimum daripada kerajaan persekutuan. Pada hakikatnya, sejak akhir tahun 1970-an merupakan permulaan gelombang kebangkitan Islam di Malaysia, di
mana kerajaan persekutuan telah berusaha keras untuk menyerap banyak sekolah
Islam swasta yang bebas sebelum ini berada di bawah kawalannya. Usaha ini
termasuk percubaan untuk mendapatkan kawalan ke atas sekolah-sekolah Islam
di negeri Kelantan yang telah lama terkenal dengan tradisi pendidikan Islam
dan pembangkangan politik mereka terhadap kerajaan persekutuan. Artikel ini
berpendapat bahawa kerajaan persekutuan telah berjaya dalam usaha untuk
menguasai pendidikan Islam di Kelantan meskipun wujud hubungan tegang yang
agak panjang antara negeri itu dengan kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur
dan Putrajaya.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 211 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
5 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus (SCImago Journal Rankings 2016) |
Impact Factor
|
- |
Rank |
Q3 (Cultural Studies) Q3 (History) Q4 (Sociology and Political Science) |
Additional Information |
0.105 (SJR) |
|
|
|