View Article |
Asal-usul perjuangan masyarakat sivil Cina di Malaya tentang persoalan perlembagaan kemerdekaan terutamanya persoalan Jus Soli
Mu, Helen Hung Ting1, Chang, Yee Siew2.
Artikel ini merupakan kajian sejarah tentang asal-usul usaha masyarakat sivil
Cina memperjuangkan kedudukan mereka dalam negara bangsa Persekutuan
Tanah Melayu yang bakal dibentuk. Prinsip asas yang diperjuangkan di sebalik
isu-isu yang dibangkitkan seperti kerakyatan, hak istimewa kaum Melayu,
bahasa dan budaya merupakan prinsip kesamarataan di antara kaum. Aplikasi
seragam prinsip kerakyatan berasaskan jus soli (kelahiran tempatan) yang
mewarnai perspektif mereka sering disalah tafsir atau diabaikan oleh sarjanasarjana yang semata-mata menyifatkan mereka sebagai ekstremis atau chauvinis.
Dalam pensejarahan aliran perdana, perspektif negara bangsa masyarakat
Cina seringkali dikaitkan dengan Malayan Chinese Association (MCA).
Namun perspektif negara bangsa yang akhirnya didukung oleh MCA semasa
penggubalan Perlembagaan Persekutuan sebenarnya tidak membayangkan
keseluruhan aspirasi komuniti Cina. Sebaliknya, kekhuatiran tentang kelemahan
kepimpinan tertinggi MCA untuk mempertahankan kepentingan komuniti Cina
telah mencetuskan usaha tokoh-tokoh masyarakat Cina untuk menyatupadukan
suara komuniti Cina di luar kerangka politik MCA demi memperjuangkan aspirasi mereka terhadap Perlembagaan kemerdekaan. Satu perhimpunan besar dengan
wakil-wakil persatuan Cina dari seluruh persekutuan diadakan di Stadium Chin
Woo, Kuala Lumpur pada 27 April 1956. Empat tuntutan yang diluluskan untuk
diserahkan kepada Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah mendapat pengesahan
daripada 1,094 pertubuhan Cina di seluruh negara. Artikel ini menyelami konteks
dan proses spesifik yang mendorong penganjuran perhimpunan tersebut serta
peranan masing-masing yang dimainkan oleh tokoh-tokoh yang digelar "the Big
Four" pada bulan Mac dan April 1956. Peristiwa ini menandakan kebangkitan
kesedaran dalam kalangan komuniti Cina untuk memperjuangkan kedudukan di
Tanah Melayu yang merdeka dan aspirasi terhadap suatu bentuk "multicultural
nation". Walaupun tidak berjaya dalam usaha mereka, pertempuran di antara
perspektif negara bangsa yang berlainan ini terus mencorakkan bentuk politik
etnik selepas kemerdekaan. Sumber maklumat yang digunakan adalah keratan
akhbar The Straits Times, The Singapore Free Press dan Nanyang Siang Pau,
dokumen kolonial rasmi, dokumen terpilih dalam Koleksi Tan Cheng Lock di Arkib
Negara dan Koleksi H.S. Lee di ISEAS Singapura, serta memoir Lim Lian Geok.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 218 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
5 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus (SCImago Journal Rankings 2016) |
Impact Factor
|
- |
Rank |
Q3 (Cultural Studies) Q3 (History) Q4 (Sociology and Political Science) |
Additional Information |
0.105 (SJR) |
|
|
|