View Article |
Penggunaan unsur Islam dalam perniagaan: analisa dari perspektif syariah
Suraiya Osman1, Muhammad Hazim Ahmad2, Abdullaah Jalil3.
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kedudukan dan perspektif syariah terhadap penggunaan unsur Islam dalam perniagaan. Tinjauan terhadap perspektif Islam merangkumi dalil-dalil yang disepakati daripada Al-Quran, As-Sunnah, Ijma‟, Qiyas, dan juga kaedah Sad Az-Zarai‟, maqasid syariah, fatwa-fatwa dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Jawatankuasa Fatwa Negeri. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian kepustakaan menggunakan pedekatan analisa terhadap dalil-dalil dari sumber yang disepakati dan tidak disepakati, serta pelbagai hujah sokongan daripada kitab-kitab syariah yang muktabar, artikel-artikel berkaitan yang diterbitkan dari dalam dan luar negara dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting beserta perinciannya bagi setiap permasalahan yang timbul berkaitan dengan isu penggunaan unsur agama Islam dalam perniagaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan eksploitasi agama Islam sama ada eksploitasi terhadap Al-Quran mahupun As-Sunnah adalah sesuatu yang diharamkan dan wajib ditegah oleh pihak-pihak berautoriti kerana hal ini boleh menimbulkan fitnah terhadap agama Islam, dapat memudaratkan kesihatan, bahkan dapat menggoyahkan pegangan akidah seseorang Muslim sekiranya terlalu bergantung dan mempercayai terhadap kehebatan-kehebatan produk yang dilabelkan dengan unsur-unsur agama. Oleh yang demikian, aktiviti ini perlu dibendung bagi menjaga kesucian agama Islam.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 199 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|