View Article |
Pasca 9/11: analisis peranan Jemaah Islamiyyah di Malaysia
Harisi Hasih1, Mohamad Nadzri Mohamed Noor2, Sharifah Munirah Alatas3, Mohd Azmi Mohd Razif4, Ahmad Redzuan Mohamad5, Ahmad Redzuan Mohamad6.
Pengeboman ke atas Pusat Dagangan Kewangan New York oleh kumpulan Al-Qaeda pada 9 November 2001 (dikenali 9/11) telah memberi implikasi besar terhadap senario politik dunia kerana peristiwa tersebut telah menyebabkan Amerika Syarikat melancarkan kempen „Global War on the Terrorist‟ (GWT) bagi memerangi keganasan. Pada masa yang sama di Asia Tenggara terdapat kumpulan Jemaah Islamiyyah (JI) yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Al-Qaeda, oleh itu rantau Asia Tenggara telah di letakkan „second front‟ dalam senarai keutamaan memerangi keganasan oleh negara kuasa besar tersebut selepas Asia Barat. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya Justeru itu, peranan Malaysia dalam menangani keganasan ini boleh dilihat dari dua sudut, pertama untuk meyakinkan masyarakat antabangsa bahawa Malaysia bukan pusat keganasan dan kedua tidak mahu negara ini menjadi mangsa pengeboman oleh JI. Metodologi kajian adalah menggunakan kontekstual analisis di mana rujukan semasa seperti penulisan berita, kajian akademik, dan juga jurnal sains sosial bertemakan keselamatan global. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan bahayanya keganasan oleh JI dan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan Malaysia, juga cadangan dan penambahbaikan untuk turut sama menangani keganasan dalam kerangka kerjasama negara-negara ASEAN.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 210 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|